Wednesday, 28 November 2012

Kerja Sekolah 17

Kajian Filem Sejarah dan Sejauh Mana Keberkesanannya.

Filem sebagai 'sejarah': 
  • Sejauh mana ketepatan gambaran peristiwa itu berlaku.
  • Sumber-sumber yang boleh dipercayai berdasarkan sejarah itu sendiri.
  • Pandangan terhadap sejarah.

Filem di panggil `sejarah filem':

  • Genre yang digunakan mengikut kesesuaian. Contohnya dokumentari atau naratif fiksyen.
  • Teknik penyampaian cerita dan suntingan.
  • Bahasa filem yang digunakan dari segi watak dan perwatakan, kostum, tatarias, muzik latar, set dan props.

Filem dalam konteks:
  • Kajian yang meliputi masa dan keadaan filem.
  • Cara pemasaran filem. 
  • Latar belakang yang merangkumi sosial, budaya, ekonomi dan politik bagi filem tersebut.
  • Sejauh mana filem itu memberikan kesan.

Pendekatan ini adalah berguna untuk kedua-dua sejarah dan ahli akademik filem kerana bukan sahaja filem itu diperiksa sebagai kaedah menunjukkan peristiwa sejarah atau angka, tetapi teks itu sendiri menjadi kawasan kajian sejarah, sekeping sejarah sosial dan budaya.


Monday, 26 November 2012

Kerja Sekolah 16

Filem Bunyi Terawal

Antara filem-filem bunyi terawal yang dihasilkan:


Tajuk: Applause
Tahun: 1929
Pengarah: Rouben Mamoulian
Terbitan: Paramount Pictures




Filem: The Love Prade
Tahun: 1929
Pengarah: Ernst Lubitsch
Terbitan: Paramount Pictures




Filem: Mickey Mouse;SteamboatWillie
Tahun: 1928
Lakon layar: Walt Disney & Ub Iwerks
Terbitan: Walt Disney's

 

Sunday, 25 November 2012

Kerja Sekolah 15

Senimatografi dalam Filem

Percubaan yang dilakukan oleh KRU Studio mengadaptasi sebuah cerita hikayat harus dipuji. Hal ini kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan tambahan pula Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah cerita epik yang terkemuka dalam persuratan Melayu.





Pembelanjaan yang tinggi untuk menghasilkan sesuah filem seperti ini memang sudah diketahui umum. akan tetapi KRU Studio tidak menganggap ini suatu kekangan terbesar dan cuba melakukan yang terbaik supaya impak pada filem ini sempurna hasilnya. 












Pujian perlu diberikan atas keberhasilan set, props, kostum dan tatarias dalam filem ini. Semuanya ditampilkan dengan teliti. Seolah sama dengan naskah bertulis. Mengikut latar masyarakat zaman dahulu; berdasarkan kelompok masyarakat ketika itu. Untuk mengasilkan sesuatu yang mengikut zaman semasa atau masa akan datang ia lebih senang berbanding meniru sesuatu yang terdahulu kerana generasi kini tidak hidup cara dahulu.







Teknik sudut camera menenepati kehendak visual. Sesuai dan mudah difahami penonton. Suntingannya juga begitu. Tiada yang tersembunyi dan semuanya ditontonkan dengan berkesa. Pencahayaannya mengikut kehendak naskah. Kedudukan camera pada sudut tertentu menyerlahkan lagi kemegahan filem ini. 






  




Saturday, 24 November 2012

Kerja Sekolah 14

Bagaimana Watak Ditampilkan dalam Sesebuah Filem?

Watak merupakan salah satu elemen terpenting dalam lakon layar. Tanpa watak sesebuah cerita tidak dapat digerakkan. Watak yang ditampilkan boleh terdiri dari apa sahaja sama ada manusia, haiwan atau objek. Setiap watak yang dicipta punya objektif atau matlamat tersendiri.


Selain sebagai pendukung utama atau sampingan, watak yang dicipta merupakan pengerak kepada sesebuah plot. Setiap watak punya sebab apa, mengapa, bagaimana  untuk mencapai matlamatnya. Malah, dia juga pergi mengenali atau bersama siapa dan di mana matlamatnya itu boleh didapati. Watak yang kabur akan kehendaknya menunjukkan pengarang tidak mengkaji sebab dan akibat watak tersebut.


Setiap watak punya perwatakkan tersendiri baik dari segi fizikal atau mental. Ini semua punya sebab tersendiri. Bermula latar belakang watak, sejarah kehidupannya, gaya hidup, pergaulan, komunikasi, perkerjaan, bahasa tubuh dan sebagainya. Perlu diingatkan segala yang perwatakkan yang dicipta buat watak perlulah bersebab kerana ianya amat berguna kepada pergerakkan jalan cerita. Masukkan apa yang perlu sahaja. Hal ini kerana, untuk menyampaikan sesuatu tidak semestinya perlu mewujudkan babak atau adegan tersebut cukup sekadar disampaikan oleh watak itu sendiri hasil dari kreativiti pengarang.

Kerja Sekolah 13

D.W Griffith's "Birth of a Nation" (1915)


 

BirtH of Nation atau tajuk asalnya The Calsman adaah sebuah silent film yang diarahkan oleh D.W Griffith pada tahun 1915. Sebuah filem yang mengisahkan era peperangan saudara dan sejarah di Amerika yang diadaptasi dari sebuah novel karya Thomas Dixon Jr (1905). Filem ini hasil koluborasi Griffith dengan Frank E. Woods dan Harry Aitken. Ia merupakan permulaan filem naratif malah sinemotografi dan suntingannya sama taraf dengan dengan filem masa kini. Filem ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian; Pre-Civil War America dan Reconstruction.

 

Jalan cerita yang baik ditambah dengan teknik-teknik senimatografi dan suntingan yang baik, filem ini menjadi sebuah karya yang sempurna. Antara teknik yang digunakan adalah Continuity Editing, Parallel Editing, Establishing Shots, Closeup Shots, Color Tinting, and Matte. Teknik yang diaplikasi memudahkan penonton memahami jalan cerita yang disampaikan.

 

Ada beberapa adegan yang diambil di dalam studio. Latar masa, masyarakat dan tempat sepenuhnya dari masyarakat Amerika utara an selatan serta Afrika. Pengarang cuba menampilkan apa yang ada pada zaman tersebut sebenar-benarnya. oleh itu, segala kostum dan tatarias menyerupai gaya hidup Amerika utara dan selatan dan Afrika era 90-an. Set dan prop seperti rumah, pistol, kuda dan bendera juga dikaji demi menampakkan latar bagi cerita ini.

 

Pembunuha Abraham Lincoln, kebangkitan semula kerajaan Selatan, perang saudara dan kebangkitan Ku Klux Klan merupakan paparan dalam filem ini. Oleh sebab itu, filem ini tidak sesuai ditonton oleh golongan bawah umur kerada isu sensitif boleh mempengaruhi kelompok ini supaya membenci cara hidup perkauman.



b.   

Kerja Sekolah 12

Kesan kedatangan bunyi dalam dunia filem
  • Rakaman dapat dilakukan dalam masa yang panjang tanpa henti.
  • Pengunaan mikrofon dapat dihadkan dan ini memudahkan proses filem dihasilkan.
  • Kos untuk mengeluarkan sesebuah filem semakin bertambah.
  • Lahirnya filem berbentuk muzikal.
  • Kamera statik dan dapat bergerak dalam suasana kalis bunyi.

 

Kerja Sekolah 11

Sumbangan Vitaphone kepada Pembuatan Filem (BellaLabs/Western Electric, 1925)




  • Rakaman suara atau bunyi menjadi lebih mudah.
  • Visual dan bunyi berjalan seiring.
  • Proses pengambaran dan suntingan menjadi mudah kerana pergerakkan visual dan aturan muzik bergerak seiring.
  • Penggunaan phonography disc meningkatkan lagi volume kesan bunyi, suara dan muzik dalam filem.
  • Penghasilan filem 3D.

Kerja Sekolah 10

Karakter yang memberi kesan.

Filem: My Name is Khan (2010)

Rizwan Khan (Shah Rukh Khan) seorang Muslim yang mengidap sindrom asperger. Sejak kecil lagi dia mempunyai kelebihan tersendiri, membaiki barang-barang elektronik dan alah akan benda yang berwarna kuning. Walaupun punya penyakit ini tidak menghalang dia melakukan aktiviti normal seperti orang lain.

Watak ini punya kekuatan yang tersendiri. Pelakon berjaya memainkan watak dengan caranya; dari cara berkomunikasi, bahasa tubuh, sikap dan pergaulan. Kostum dan tatariasnya biasa sahaja tetapi pembawakkan perwatakkannya menjadi seorang pengidap sindrom asperger menarik minat penonton. Shah Rukh Khan telah memenangi beberapa anugerah pelakon terbaik menerusi watak Rizwan Khan.


Filem: Perempuan Melayu Terakhir (1999)


Mustika (Vanida Imran) wanita Melayu beragama Islam yang mengekalkan ciri-ciri ketimuran meskipun mendapat pendidikan yang sempurna dari bandar dan dia tidak mudah dipengaruhi anasir dari barat. Seorang yang mencintai budaya, seni dan apa sahaja dari timur berjaya mematahkan pendirian Haikal dengan ketaksuban pemikiran baratnya. Kesabaran dan pengorbanan watak dalam menghadapi cinta juga menggambarkan apa yang dialami oleh kaum hawa di negara ini mengikut latar masa yang diciptakan.

Tidak seperti gadis lain, Mustika  lebih selesa mengenakan baju kebaya, berbatik sarung, berbaju kurung, berselendang panjang, dan rambutnya yang panjang mengurai itu kadang kala disanggul dan dilepaskan. Jika diteliti secara kasar, watak ini seolah gadis kampung yang ayu, biasa, kolot dan tidak punya apa-apa pengetahuan sebaliknya dia memiliki ilmu baik dunia mahupun akhirat. Vanida Imran menggunakan kelebihan pada dirinya demi mencantikkan lagi watak Mustika.

Filem: Cinta (2006)


Cikgu Elyas (Dato Rahim Razali) mempunyai kehidupan seharian yang sempurna sedangkan dia menghidap alzhimer. Sebelum penonton didedahkan dengan penyakit Cikgu Elyas, pelakon langsung tidak menunjukkan ciri-ciri yang dia mengidap penyakit lupa ingatan. Stiap tutur bicara pada orang disekelilingnya sangat bersahaja dan bermakna.

Abila diteliti, watak Cikgu Elyas bukanlah satu yang memperlihatkan kepentingan dalam cerita tetapi pengarang menonjolkan watak ini mempunyai kepentingan pada watak-watak lain sekaligus membuka mata penonton betapa besarnya peranan Cikgu Elyas dalam filem cinta.

Filem: Hantu Kak Limah Balik Rumah (2011)


Kak Limah (Dalimawati Ismail) bukanlah watak utama di dalam filem ini tetapi kehadirannya sesuatu yang sangat diperlukan. Kehadiran Kak Limah yang disangkakan hantu itu sebenarnya seorang wanita pertengahan usia yang sudah hilang ingatan. Keberadaan dia di Kampung Pisang telah menimbulkan kekecoohan di kampung itu gara-gara semua penduduk kampung mengatakan Kak Limah adalah hantu.

Watak Kak Limah hanya mengucapkan sedikit sahaja dialog. Dia lebih banyak kepada permainan bahasa tubuh. Kostum dan tatariasnya memainkan peranan yang besar hinggakan penonton percaya itu sebenarnya hantu yang tidak tenteram rohnya. Hakikatnya Kak Limah masih hidup tetapi sudah hilang ingatan.


Filem: The Chronical of Narnia; The Lion,The Witch dan The Wardrobe (2005)



Lucy (Geogie Henley) anak bongsu dalam keluarga Pevensie yang mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Lucy yang membawa adik-beradiknya ke kerajaan Narnia melalui almari lama yang terletak di dalam salah sebuah bilik di rumah agam.

Watak inilah yang mengerakkan cerita. Watak yang menyebabkan semua adik-beradik Pevensie menemui konflik mereka. Seorang yang comel, manja, berani dan sangat mengambil berat terhadap orang disekelilingnya. Bercita-cita tinggi dan sanggup berkorban demi yang tersayang. Walaupun usianya muda, namun ia tidak menghalang untuk turut sama membantu menyelamatkan kerajaan Narnia dari ahli sihir yang jahat.

Kerja Sekolah 9

Kehebatan Citizen Kane (1941)



Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Citizen Kane merupakan salah satu filem yang terbaik pernah dihasilkan;
  • Suntingan filem ini dilakukan dengan begitu menarik sehingga tidak menampakkan sebarang kecacatan pada filem ini.
  • Kedudukan dan pergerakkan kamera merupakan salah satu kekuatan filem ini dan meyebabkan senimatografinya sukar untuk pertikaikan. Setiap visual yang terhasil relaven sudut dan gerakkannya.
  • Tatarias yang dihasilkan oleh Maurice Seiderman kepada setiap watak menjadi dengan karakter mereka tersendiri. Walaupun ia sebuah filem tanpa warna, solekkan yang ditampilkan seolah-olah timbul dan memberi kesan yang baik.
  • Setiap pemain baik yang utama atau tambahan memainkan watak mereka dengan baik sekali. Penghayatan watak mereka membawa penonton bersama ke dalam cerita.
  • Pemilihan muzik dan bunyi bersesuaian dan menimbulkan mood yang dikehendaki.
  • Sebuah filem ala klasik yang memukau persembahan 'warnanya'.
 
 

Kerja Sekolah 8

Intolerence (1916) karya D.W Griffith sebuah filem yang menggabungkan 4 kisah yang berlainan.





  • Cerita Moden (1914) - Kes-kes jenayah yang berlaku di Amerikaekoran kelompok kapitalis telah bertindak kejam ke atas para pekerja di Amerika sekaligus merosakkan aturan kehidupan masyarakat itu. Tindakan memotong gaji pekerja kilang untuk diberikan kepada mereka yang berpengaruh menyebabkan para pekerja hidup dalam keadaan dai dan mereka nekad untuk melancarkan mogok. seorang budak lelaki Katolik dipenjarakan walaupun tidak bersalah. setelah mendapat pengampunan dia dibebaskan atas usaha isterinya.
  • Cerita Judean (27 masihi) - Seorang pengamal Kristian dikhianati lalu disalib. ini merupakan kisah terpendek dalam filem ini.
  • Cerita Perancis (1572) - Berlaku pada zaman Renaissance, ketika ini penganiayaan dan pembunuhan berlaku pada Hari Pembunuhan St Bartholomew Huguenot oleh kerabat Roman Katolik kerana sikap tidak bertolak ansur di dalam agama.
  • Cerita Babylonian (539 sebelum masihi) - Konflik antara Putera Belsyazar dan Cyrus the Great dari Persia. Kejatuhan kerajaan Babylonian berikutan sikap tidak bertolak ansur kerana pergolakkan antara penganut Bel-Marduk dan Ishtar.

Keempat-empat cerita dalam filem ini menggunakan kesan warna tertentu bagi menonjolkan perbezaan zamannya. Tiga daripada empat kisah yang disampaikan adalah berdasarkan kisah sebenar. Nilai-nilai yang diterapkan di dalam filem ini adalah hal-hal yang berlaku dalam kehidupan seharian (mengikut zamannya) tetapi masyarakat tidak perasaan akan perkara itu. Bukan itu saja, filem ini menampilkan kelompok masyarakat tertentu yang mencipta sejarah tersediri di dunia ini. 








Friday, 23 November 2012

Kerja Sekolah 7

1914; filem-filem Amerika ketinggalan selepas filem Perancis dan Eropah. Faktor yang menyumbang penguasaan filem Amerika?

Faktor-faktornya:
  •  Pembuatan televisyen yang semakin berkembang di Eropah menyebabkan para penonton memilih televisyen sebagai hiburan. tahun demi tahun jualan tiket semakin merosot dengan mendadak. Berikut beberapa tempat yang menunjukkan penurunan jualan tiket pada tahun-tahun tertentu:
      • Jermen - 800 million dijual pada 1956 hanya 180 million tiket terjual pada 1962.
      • UK - 292 million dijual pada 1967 hanya 73 million tiket terjual pada 1986.
      • Perancis - 450 millian dijual pada 1956 hanya 122 million tiket terjual pada 1988.
  • Keadaan cuaca dan kedudukan geografi di Amerika bersesuaian dengan kehendak filem. Kebanyakkan pembuat filem tinggal di tempat yang beriklim sederhana dan cuacanya sangat elok dan sesuai untuk menjalankan pengambaran. Pada era 1920-an, cuaca amat penting bagi menjalankan pengambaran tidak seperti sekarang yang segalanya boleh dilakukan di dalam studio atau tempat berbumbung ekoran kecanggihan teknologi. Cuaca di Perancis dan British; 4 musim. Oleh itu menimbulkan kesukaran kepada para pengiat filem.
  • Pengedar filem turut memainkan peranan. Miramax Film, 1979 merupakan sebuah syarikat hiburan di Amerika mengedarkan filem-filem indie dan filem dari luar. Semenjak berkembangnya filem di Amerika, pada pengedar filem memilih filem negara mereka sendiri untuk diedarkan dan ini merencatkan kemasukkan filem negara luar ke Amerika.
  • Kesinambungan filem dan bunyi merancakkan lagi industri filem di America. Pada awalnya ia tidak begitu diterima kerana terlalu buruk untuk ditontoni namun pembaikan dilakukan dan lama-kelamaan filem dengan bunyi yang baik dihasilkan.
  • Pasaran di Amerika lebih besar berbanding Perancis dan Eropah. Semenjak dekat 1920-an, Amerika telah mendapat sokongan dari jumlah penonton kerana keluasan negaranya lebih besar berbanding negara lain. Filem-filem di Amerika jalan ceritanya bersesuaian dengan kelompok orang muda dan mereka menontonnya di wayang akan tetapi di Eropah, plot ceritanya tidak bersesuaian dengan penduduk yang rata-ratanya sudah berusia dn mereka lebih senang menonton televisyen di rumah.

Thursday, 22 November 2012

Kerja Sekolah 6

Mengapa Bunyi dan Filem Memerlukan masa yang Lama untuk Disatukan?

Berikut adalah sebab-sebab utama yang menyebabkan kelewatab bunyi dalam filem:
  • Dua mesin utama; projektor dan muzik tidak dapat diseragamkan sebelum atau ketika dimainkan. Ini akan mengakibatkan kecacatan pada filem tersebut. kebarangkalian besar untuk muzik bergerak terlebih dahulu tanpa mengikut aturan visual yang dikehendaki akan terjadi. begitu juga sebaliknya. Oleh itu, cabaran besar kepada pengarah untuk menyeragamkan kedua-dua elemen ini dan ia mengambil masa yang sangat lama untuk menyudahkannya kerana sangat leceh.
  • Pergerakkan projektor dan muzik tidak dapat dilaraskan kerana pergerakkan mesin projektor yang putus-putus atau henti mula. Ini berbeza dengan muzik yang dimainkan secara terus sehingga tamat lagu.
  • Kualiti bunyi atau muzik yang dihasilkan tidak sesuai dengan visual. Sama ada terlalu kuat atau terlalu perlahan dari segi melodi, rentak dan intonasinya.

Kerja Sekolah 5

Surrealisme

Pengenalan
  • Merupakan satu aliran seni yang tercetus dari fikiran serta alam bawah sedar; khayalan, mimpi, dan imaginasi kemudian diluahkan oleh pengarang mengikut medium yang dikehendakinya seperti tulisan dan lukisan.
  • Menurut Andre Breton, surrealisme lebih menekankan aspek psikologi atau kerohaniaan. Disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti pertuturan, tulisan, lukisan atau apa saja cara. pemikirannya tidak terbendung; bebas tanpa unsur estetika atau moral. surrealisme menekankan pembentukan realiti yang tinggi dalam keadaan bawah sedan dan diseimbangkan dengan pemikiran waras.
  • Pengkarya akan berusaha menyampaikan rasa yang dialami itu dalam bentuk yang tidak logik pada pandangan kasar tetapi logik pada fikiran. Setiap objek diolah dengan dengan memberi rasa yang sensasi yang boleh dirasakan manusia tanpa mengekalkan bentuk asal.
  • Melalui karya kreatif, surrealisme lebih dikaitkan dengan pembinaan watak berbanding kesempurnaan jalan cerita.
                                                

Perkembangan
  • Surrealisme sebenarnya telah digunakan sebelum tahun ia diperkenalkan lagi namun pada tahun 1920-an ia dikenalkan secara rasmi di Paris.
  • Pada awal kemunculan karya surrealisme lebih berbentuk penulisan.
  • Tahun 1924, Andre Breton telah mengembangkan lagi aliran ini.
  • Sekitar tahun 1924-1928, beberapa orang pelukis telah mengaplikasi aliran ini dalam karya mereka
  • Semakin berkembang ketika perang dunia pertama dan kedua kerana pada ketika itu masyarakat banyak mengimpikan dan berimaginasi keadaan negara yang aman dan tenteram tanpa kesengsaraan, tembakan, dan seumpamanya. Ada juga di antara karya yang bersifat surrealisme gelap kerana perasaan dendam terhadap mereka yang mencetuskan peperangan.
  • Antara tokoh surrealisme ialah Salvador Dali, Luis Bunel dan Ifan Sagita.
  • Pada hari ini, surrealisme lebih digunakan daam bentuk visual. 

Surrealisme Hari Ini
  • Kebanyakkan filem hari ini banyak menggunakan aliran surrealisme secara langsung atau tidak langsung terutama filem bergenre fantasi, seram, sains fiksyen dan sebagainya.  
  • Antara filem yang mengunakan unsur ini Alice In Wonderland (fantasi), Harry Potter (fantasi), Transfomer (sains fiksyen), Shutter Island (psikologi),  dan pelbagai lagi
  • Aliran ini telah tersebar secara meluas ke seluruh dunia. 
  • Para pengarang semakin gemar menggunakan unsur ini kerana ia dapat menzahirkan sesuatu yang tidak mungkin terdapat di alam nyata sekaligus menarik minat penonton.



Kerja Sekolah 4

'Metropolis' ; Filem Fiksyen Sains Paling Berpengaruh Sepanjang Zaman

Pengarah: Fritz Lang
Penulis skrip: Fritz Lang & Thea Von Harbou
Penerbit: Erich Pommer
Tahun: 1927- Jermen 




Metropolis mengisahkan Fredesen salah seorang golongan elit yang menindas golongan buruh. Hal ini menimbulkan ketidak puasan di hati golongan buruh lalu mereka sepakat untuk melakukan pemberontakan. Menurut Maria, masalah ini akan selesai dengan kehadiran mediator. Rotwang, seorang ilmuwan telah mencipta sebuah robot dan diberi nama Maria bersempena nama seorang yang cuba menghentikan pemberontakan. Kononnya robot ini dicipta untuk membantu golongan yang ditindas dan ia mirip benar dengan Maria yang asli atau lebih tepat lagi robot inilah mediator yang dapat mengakhiri semua masalah ini. Hakikatnya robot ini hanya menambahkan lagi permasalahan hinggakan  golongan buruh kehilangan tempat tinggal mereka di kota bawah tanah akibat dilanda banjir. Menyedari akan hal itu, para buruh sepakat menghapuskan Maria. Mereka membakar Maria. Melihat akan kejadian itu, Freder kecewa kerana menyangka Maria yang dibakar itu adalah yang asli sedangkan Maria yang sebenar sedang dikejar oleh Rotwang di sekitar kota. Freder dan Rotwang berkelahi dan Rotwang mati dalam perkelahian itu. Akhirnya, Freder dan Maria berjaya menyatukan Joh dan Grot. Penyatuan ini merupakan mediator yang mereka cari sebelum ini.

terdapat beberapa faktor yang menjadikan filem ini adalah filem fiksyen yang berpengaruh sehingga era ini. Antaranya:
  • Penciptaan robot yang diberi nama Maria merupakan suatu yang belum pernah ditampilkan dalam mana-mana filem.
Robot Maria

Rotwang mencipta Maria







  • Latar masa dan latar tempat yang dicipta oleh pengarang melangkaui zaman penerbitan filem itu sendiri; tahun 2026.
Salah satu set yang digunakan di dalam filem Metropolis

Babak di bawah tanah

  • Hubunga antara sains dan manusia yang membawa kepada kebaikan juga keburukkan jika sains diaplikasikan secara berlebihan.

Proses penciptaan Maria
Proses penciptaan Maria


Babak di makmal

  •  Pembinaan dan penggunaan set, props, kostum, dan tatarias seolah-olah itu yang akan dipakai pada masa hadapan (pada gambaran pengarang).
Set dalam Metropolis


Krew sedang menyediakan kostum robot Maria

Tuesday, 28 August 2012

Kerja Sekolah 3

Sumbangan Edwin Stantor Porter dalam penciptaan filem:
  • Merupakan pengaranh pertama yang menjalankan pengambaran pada waktu malam atau lebih dikenali dengan cara Pan-American Expotion Night.
  • Mempunyai cara penyuntingan tersendiri dan mengadunkan konssep dokumentari dalam filem. antara filem yang menggunakan kaedah ini ialah 'Life of American Fireman' dan 'The Execution of Czoyosz'.
  • Mengaplikasi serta megembangkan metodologi penyuntingan yang diperkenalkan oleh D.W Giffith. Bukan itu saja, Porter turut mengunakan teknik helah yang diperkenalkan oleh Melies dengan teknik helah yang baharu dan percubaannya membuahkan hasil.
  • Memperkenalkan cara baru dalam penyampaian cerita dan mengembangkan idea untuk filem dengan mengukuhkan plot agar tidak tergugat dan membina klimak yang cemerlang lalu mengabungkan kesemuanya.
  • 'The Great Train Roberry' (1903) adalah hasil kerja Porter yang cemerlang serta memberi banyak manfaat kepada penonton.
  • Sebagai orang kuat dalam Edison, Porter telah banyak menghasilkan filem sepanjang berada di syarikat itu (5 tahun).
Edwin Stantor Porter adalah salah seorang pelopor filem yang terawal dalam sejarah perfileman. 

Tuesday, 14 August 2012

Kerja Sekolah 2

Sumbangan D.W. Griffith dalam penciptaan filem:
  • Merupakan pelopor bagi dunia pengarahan di Amerika kerana menggunakan kamera yang lebih canggih.
  • Selain itu, dia juga menggunakan teknik naratif yang berlainan dalam filemnya. Menerusi 'Birth of Nation' (1915) isu perkauman di negaranya diangkat sebagai tema biarpun banyak komen yang diterima dari masyarakat. Bermula dari situ, filem-filem yang dihasilkan seterusnya terus mendapat pandangan masyarakat.
  • Turut dikenali sebagai 'Father of Film Technique' kerana usahanya sebagai pemikir untuk menambah baik dan mencantikkan filem. Yakni, beliau banyak mencipta teknik asas dalam pembikinan sesebuah filem.
Selain 'Birth of Nation', antara karya D.W. Griffth ialah 'Intolerance' (1916). Kedua-dua filem ini diangkat sebagai karya agung pada era silence film.

Kerja Sekolah 1

Sumbangan George Melies sebagai pencipta dalam filem:
  • Pereka kepada penggunaan kesan khas dalam gambar bergerak (filem).
  • Pengarah pertama yang mengunakan teknik multiple exposures, time-elapse photography, dissolves dan hand-painted colour.   
  •  Mendapat gelaran ‘cinemagician’ pertama kerana berjaya menggubah sesuatu yang realiti ke dalam cenimatografi. Filemnya yang menaikkan namanya ialah ‘Trip to The Moon’(1902) dan ‘The ImpossiblesVoyage’ (1904).
  • Mencipta projector cinema miliknya sendiri.
  • Cuba mengabungkan element teater dalam filem dan hasilnya berjaya. Pengarah pertama yang cuba memasukkan unsur-unsur mustahil dalam filem.
  • Sebagai insan yang gemar mencipta, beberapa kesan khas yang lebih rumit seperti menjelma dan menghilangkan objek serta mengubah sesuatu objek kepada objek yang lain cuba dilakukan. Percubaan ini membuahkan hasil.
Sebagai seorang yang gemarkan cerita berunsur fantasi, George Melies banyak bereksperimen untuk mendapatkan keunikan dalam filemnya. Oleh itu, segala ciptaannya yang berhasil menjadi ikutan oleh pengiat filem yang lain.

Tuesday, 7 August 2012

Pertama Kalinya....

Ada sedikit hendak dikhabarkan di sini:

Siapa?
  • FATIN NUR HAFIZAH BT. ABDUL WAHAB
  • 5 SEPTEMBER 1990

Minat?
  • Mengetahui perkara baru.
  • Bersenang-senang dengan insan-insan tersayang pada waktu senang.

Aspirasi?
  • Tidak tetap.... asalkan memberikan ilham.

Datang dari?
  • Lahir di Teluk Intan, Perak. Menetap di Kuala Lumpur bersama emak dan ayah tersayang tanpa adik-beradik (tunggal). 

Zaman Kanak-kanak?
  • Indah, seronok dan baik sahaja seperti anak normal yang lain. Malah membesar dengan sihat! ;p

Kondisi Keluarga?
  • Sebuah keluarga bahagia, diketuai oleh ayah yang hebat dan emak yang sangat mengkagumkan. Aku? Biasa saja....

3 Pengalaman yang Paling Memberi Kesan dalam Hidup?
  • Dilantik sebagai pengurus pentas produksi Bangsawan Shakuntala.
  • Bekerja sebagai satu-satunya krew perempuan dikalangan 20 orang krew lelaki dalam produksi Cuci The Muzikal Last Kopek (selalu jadi mangsa buli ~).
  • Menjalani Latihan Industri di JKKN.

10 Perkara Sukar Dilaksanakan?
  • Sudahkan tugasan.
  • Kumpul duit untuk dapatkan barang idaman.
  • Dipaksa lakukan perkara yang dibenci.
  • Menunggu!
  • Buntu semasa melakukan kerja.
  • Jalan raya sesak.
  • Menghafal nota.
  • Apa yang dirancang, batal.
  • Berurusan dengan orang yang tak suka senyum.
  • Lakukan aktiviti olahraga.

Filem yang Baru Ditonton?
  • The Dark Knight Rises

Filem Kegemaran? Sebab?
  • Perempuan Melayu Terakhir (1999) dan Wayang (2008) sebab menampilkan keindahan Melayu.

Filem Bukan Kegemaran? Sebab?
  • Semua filem yang mengarut sebab ia mengarut.