Saturday, 24 November 2012

Kerja Sekolah 14

Bagaimana Watak Ditampilkan dalam Sesebuah Filem?

Watak merupakan salah satu elemen terpenting dalam lakon layar. Tanpa watak sesebuah cerita tidak dapat digerakkan. Watak yang ditampilkan boleh terdiri dari apa sahaja sama ada manusia, haiwan atau objek. Setiap watak yang dicipta punya objektif atau matlamat tersendiri.


Selain sebagai pendukung utama atau sampingan, watak yang dicipta merupakan pengerak kepada sesebuah plot. Setiap watak punya sebab apa, mengapa, bagaimana  untuk mencapai matlamatnya. Malah, dia juga pergi mengenali atau bersama siapa dan di mana matlamatnya itu boleh didapati. Watak yang kabur akan kehendaknya menunjukkan pengarang tidak mengkaji sebab dan akibat watak tersebut.


Setiap watak punya perwatakkan tersendiri baik dari segi fizikal atau mental. Ini semua punya sebab tersendiri. Bermula latar belakang watak, sejarah kehidupannya, gaya hidup, pergaulan, komunikasi, perkerjaan, bahasa tubuh dan sebagainya. Perlu diingatkan segala yang perwatakkan yang dicipta buat watak perlulah bersebab kerana ianya amat berguna kepada pergerakkan jalan cerita. Masukkan apa yang perlu sahaja. Hal ini kerana, untuk menyampaikan sesuatu tidak semestinya perlu mewujudkan babak atau adegan tersebut cukup sekadar disampaikan oleh watak itu sendiri hasil dari kreativiti pengarang.

No comments:

Post a Comment