'Metropolis' ; Filem Fiksyen Sains Paling Berpengaruh Sepanjang Zaman
Pengarah: Fritz Lang
Penulis skrip: Fritz Lang & Thea Von Harbou
Penerbit: Erich Pommer
Tahun: 1927- Jermen

Metropolis mengisahkan Fredesen salah seorang golongan elit yang menindas golongan buruh. Hal ini menimbulkan ketidak puasan di hati golongan buruh lalu mereka sepakat untuk melakukan pemberontakan. Menurut Maria, masalah ini akan selesai dengan kehadiran mediator. Rotwang, seorang ilmuwan telah mencipta sebuah robot dan diberi nama Maria bersempena nama seorang yang cuba menghentikan pemberontakan. Kononnya robot ini dicipta untuk membantu golongan yang ditindas dan ia mirip benar dengan Maria yang asli atau lebih tepat lagi robot inilah mediator yang dapat mengakhiri semua masalah ini. Hakikatnya robot ini hanya menambahkan lagi permasalahan hinggakan golongan buruh kehilangan tempat tinggal mereka di kota bawah tanah akibat dilanda banjir. Menyedari akan hal itu, para buruh sepakat menghapuskan Maria. Mereka membakar Maria. Melihat akan kejadian itu, Freder kecewa kerana menyangka Maria yang dibakar itu adalah yang asli sedangkan Maria yang sebenar sedang dikejar oleh Rotwang di sekitar kota. Freder dan Rotwang berkelahi dan Rotwang mati dalam perkelahian itu. Akhirnya, Freder dan Maria berjaya menyatukan Joh dan Grot. Penyatuan ini merupakan mediator yang mereka cari sebelum ini.
terdapat beberapa faktor yang menjadikan filem ini adalah filem fiksyen yang berpengaruh sehingga era ini. Antaranya:
- Penciptaan robot yang diberi nama Maria merupakan suatu yang belum pernah ditampilkan dalam mana-mana filem.
 |
| Robot Maria |
 |
| Rotwang mencipta Maria |
|
|
|
|
|
|
|
- Latar masa dan latar tempat yang dicipta oleh pengarang melangkaui zaman penerbitan filem itu sendiri; tahun 2026.
 |
| Salah satu set yang digunakan di dalam filem Metropolis |
|
|
 |
| Babak di bawah tanah |
- Hubunga antara sains dan manusia yang membawa kepada kebaikan juga keburukkan jika sains diaplikasikan secara berlebihan.
 |
| Babak di makmal |
- Pembinaan dan penggunaan set, props, kostum, dan tatarias seolah-olah itu yang akan dipakai pada masa hadapan (pada gambaran pengarang).
 |
| Set dalam Metropolis |
|
|
 |
| Krew sedang menyediakan kostum robot Maria |
No comments:
Post a Comment