Percubaan yang dilakukan oleh KRU Studio mengadaptasi sebuah cerita hikayat harus dipuji. Hal ini kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan tambahan pula Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah cerita epik yang terkemuka dalam persuratan Melayu.
Pembelanjaan yang tinggi untuk menghasilkan sesuah filem seperti ini memang sudah diketahui umum. akan tetapi KRU Studio tidak menganggap ini suatu kekangan terbesar dan cuba melakukan yang terbaik supaya impak pada filem ini sempurna hasilnya.
Pujian perlu diberikan atas keberhasilan set, props, kostum dan tatarias dalam filem ini. Semuanya ditampilkan dengan teliti. Seolah sama dengan naskah bertulis. Mengikut latar masyarakat zaman dahulu; berdasarkan kelompok masyarakat ketika itu. Untuk mengasilkan sesuatu yang mengikut zaman semasa atau masa akan datang ia lebih senang berbanding meniru sesuatu yang terdahulu kerana generasi kini tidak hidup cara dahulu.
Teknik sudut camera menenepati kehendak visual. Sesuai dan mudah difahami penonton. Suntingannya juga begitu. Tiada yang tersembunyi dan semuanya ditontonkan dengan berkesa. Pencahayaannya mengikut kehendak naskah. Kedudukan camera pada sudut tertentu menyerlahkan lagi kemegahan filem ini.






No comments:
Post a Comment